Penajaan

Tujuan utama Malam Tautan Abadi di samping berjumpa rakan-rakan lama, adalah bagi mengumpul dana untuk Tabung Endowmen UTM. Tabung ini ditubuhkan pada 2008 sebagai sumbangan kepada universiti bagi menampung pendidikan anak-anak muda generasi hadapan di UTM. 

Objektif Tabung Endowmen UTM adalah:
  • Memberi biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar terutama daripada golongan keluarga "Bottom 40".
  • Membantu universiti meneruskan usaha bagi menyuburkan dan memperkukuhkan budaya ilmu di kalangan warga universiti, komuniti setempat dan negara amnya.
  • Membugarkan iklim ilmu demi generasi akan datang.

Kita mensasarkan kutipan sejumlah RM50,000 pada majlis kali ini. 

Justeru kami mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada pihak Tuan/Puan untuk acara ini. Jumlah sumbangan daripada syarikat akan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Pakej-pakej penajaan serta manfaatnya adalah seperti di bawah: