Laman Utama

Pengenalan

Majlis Makan Malam Alumni Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) merupakan suatu majlis gemilang yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2016 ini. Ungkapan penuh bermakna 'Malam Tautan Abadi' dipilih sebagai tema majlis pada kali ini, di mana kita akan meraikan para alumni yang pernah menuntut di FKE, UTM. Melalui pendekatan majlis, alumni FKE yang tua dan muda , yang menetap di dalam negeri mahupun di luar, yang sudah berjaya di alam pekerjaan mereka ataupun yang baru berkecimpung dalam kerjaya, akan berhimpun dan saling berkenalan. Di saat ini mereka mengimbau kenangan  manis sewaktu menuntut di FKE. Moga ia mampu memupuk semangat untuk terus menyumbang kepada fakulti dan universiti di masa hadapan. Adalah diharap majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama alumni dan juga warga pensyarah yang pernah mendidik mereka, serta menjadi pencetus usaha untuk menjalin hubungan usahasama alumni dan unversiti di masa hadapan.

Objektif Program

Video Promosi

Ikuti Kami Di:

Jumlah Pelawat dari Julai, 2016

BAS PERCUMA DISEDIAKAN DARI UTMJB (bertolak Sabtu 1.00pm, pulang malam selepas majlis)